PKMS President

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Pertama: PKMS harus menangani isu2 POLITIK secara Demokrasi dengan kewibawaan dan fahaman mantap.

Kedua: PKMS harus juga mantapkan EKONOMI sendiri secara progresif, disiplin dan waspada.

Tulang Belakang PKMS adalah Pergerakan Pemuda. Pergerakan Pemuda harus mencari rumusan dan mencungkil bakat2 generasi akan datang supaya dapat mengganti sebagai Pemimpin yang berkebolehan dengan kewibawaan mantap untuk terus mengekalkan PKMS sebagai Pertubuhan yang RELEVAN.

Pergerakan Wanita pula adalah sayap bagi memberi sokongan padu dalam bidang2 arena kemajuan golongan Wanita. Wanita juga boleh dan harus mainkan peranan untuk PKMS terus RELEVAN.

PKMS juga harus menjalankan SOSIO POLITIK dari pergerakkan jabatan2 yang telah di bentuk seperti Jabatan Agama, Pendidikan, Budaya dan juga Kebajikan.      

Dalam waktu lebih kurang beberapa tahun ini, kami telah menebus kembali serba sedikit maruah, imej dan nama baik PKMS sejak tercemar dengan pelbagai peristiwa pahit manis yang mencemarkan imej PKMS.

Ianya bukan satu kerja yang mudah. Namun, dengan penuh ketabahan dan kerja keras barisan kepimpinan PKMS, telah dapat menarik kembali serba sedikit kepercayaan masyarakat Melayu terhadap PKMS. Kerja ini harus dilanjutkan dengan kegigihan yang lebih untuk mendapat keyakinan masyarakat Melayu-Islam dengan tidak berbelah-bahagi.

Justeru itu, perpaduan sesama pucuk kepimpinan sebagai teras dan ahli-ahli PKMS harus dipupuk dengan penuh perhatian.

Maka perlu diwujudkan suasana yang sihat, positif, saling hormat dan menghormati serta membina budaya, baik budaya organisasi maupun budaya masyarakat yang berteraskan ilmu, kemahiran, profesionalisma, amal solih dan kebajikan.

Rekod keahlian dan penyertaan mereka yang telah pernah menjadi ahli mencecah 5,000 keahlian. Namun cabaran utama yang senantiasa menjerut leher PKMS adalah ahlinya terjebak dengan sengketa perbalahan dan perpecahan didalam suasana berpuak-puak.

Justeru reformasi budaya yang berteraskan suasana yang sihat, penuh keilmuan, kemahiran dan profesionalisma, positif dan saling menghormati serta membina budaya yang berteraskan amal solih kebajikan harus menjadi teras budaya positif ahli-ahli PKMS dan juga masyarakat Melayu-Islam pada umumnya.

Cuba kita mencermati sekali lagi.

Seandainya kita mempunyai 5,000 ataupun 20,000 ahli sekalipun, kita jangan terperangkap dengan “ilusi” itu merupakan jumlah yang besar.

Kalau dikira 5,000 ahli daripada sekitar 500,000 bilangan masyarakat Melayu-Islam, hanya membentuk sekitar 1% daripada jumlah keseluruhannya

Adakah masyarakat kita dapat berkesan dengan kepimpinan 1% ahli-ahli PKMS ditengah-tenngah masyarakat besar Melayu Islam? Itu pun sekiranya kita masih ada 5,000 keahlian tersebut, 1% adalah jumlah terlalu kecil untuk memberi dampak dan kesan kepada sebuah masyarakat yang besar.

Jawapannya jelas, sasaran kejayaan yang kita idamkan tidak akan tercapai.

Setakat mana kita akan berjaya, bergantung kepada ‘kualiti’ dan mutu kepimpinan organisasi dan masyarakat secara keseluruhannya.

Sesuai dengan visi, selain perpaduan, kita perlukan pembaharuan. Dalam mengejar cita-cita dan sasaran, kita harus konsisten.

Beberapa anggota masyarakat Melayu-Islam telah menegur bahawa suasana PKMS kelihatann “malap” sekali gus memberi dampak negatif kepada “imej” PKMS.

Saya dan barisan kepimpinan saya telah bertekad untuk memulihkan “imej” PKMS dalam serba serbi daya sesuai dengan visi pembaharuannya.

Kita akan membaiki “imej” peranan kita sesuai dengan harapan masyarakat.

Kita tidak perlu tersinggung dengan teguran mereka kerana sebenarnya masyarakat kita mencintai perkembangan dan kemajuan PKMS selanjutnya.

Maka kita juga mengambil sikap untuk menerima apa jua teguran yang membina daripada masyarakat Melayu-Islam keselurohannya.

Dan Visi kali ini adalah: “MAJULAH  PKMS BERSAMA MASYARAKAT”

Akhir kata:

WALAUPUN HUJAN DI TENGAH HARI;

HARUS BERTEDUH DI BAWAH BUMBUNG;

PKMS TETAP TERUS BERDIRI;

GENERASI KE GENERASI AKAN MENYAMBUNG;

Wabillahi Taufik walhidayah

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

 

Abu Mohamed

Presiden

FOLLOW US

PKMS Facebook

OUR LOCATION

218F Changi Road
Secretariat Office
Singapore 419737

Contact Us

+65 6447 0468
info@pkms.org.sg

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS

Copyright © 2019 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura - PKMS.
All Rights Reserved.

Visits: 1002