Acara tahunan Majlis Iftar & Sekalung Harapan yg diadakan semalam Sabtu 8hb April 2023.
Disamping itu juga pelancaran dana bina Lif bangunan yg bakal bermula tidak lama lagi InsyaAllah.
Para tetamu dari parti-parti pembangkang & juga badan-badan Melayu turut menyerikan majlis. semoga usaha murni menyantuni yg kurang berkemampuan & menjalinkan ukhwah tali persaudaraan sesama muslimin terjalin, InsyaAllah.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, Jabatan Kebajikan PKMS dengan sokongan Pergerakan Wanita PKMS dan Jabatan Budaya PKMS, telah menganjurkan Lebaran Sekalung Harapan 2022 pada tanggal 14 Mei 2022 pada jam 7.30mlm. Acara ini telah dianjurkan untuk memberi penghargaan untuk penaja-penaja dan juga penyumbang-penyumbang dari masyarakat Singapura dan juga dari ahli-ahli PKMS yang bertungkus-lumus menjayakan projek-projek Jabatan Kebajikan untuk bulan Ramadan tahun 2022 seperti Pandu Lalu Bubur Ramadan PKMS yang buat julung-julung kalinya diadakan dan juga Projek Sekalung Harapan 2022 yang ke 11. Semoga Allah memberkati pengorbanan dan jasa baik kamu semua untuk masyarakat Melayu Singapura. Insya Allah, kita akan bertemu lagi di tahun hadapan.
Projek ini ialah untuk mengagihkan bubur pada bulan Ramadhan. Ada kemungkinan buat julung-julung kalinya, PKMS adalah yang pertama di Singapura yang akan mengagihkan bubur secara pandu lalu. Ia akan bermula pada hari kedua di bulan Ramadhan iaitu, 4 April 2022 dan berlangsung hingga 27 April 2022.
Sebanyak 300 bekas makanan berisi bubur akan diagihkan setiap hari dan seorang akan mendapat 2 bekas bubur. Agihan bubur akan dimulakan pada pukul 4 ptg.
Syukur Alhamdulillah, kami telah mendapatkan penaja-penaja yang sungguh berbesar hati untuk menaja projek ini.
Jadual Acara
Memasak bubur akan bermula pada 12 tgh hingga 1.30 ptg Membungkus bubur – 1.30 ptg hingga 3 ptg Mengagihkan bubur – dari 4 ptg hingga selesai
Tarikh Pengagihan bubur
4 April 2022 – Hari Perasmian (Presiden dan Timbalan Presiden PKMS akan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada penaja-penaja dan mengagihkan bubur kepada jemputan-jemputan khas.)
5 April hingga 27 April 2022 – Agihan bubur kepada masyarakat umum. (Kemungkinan akan berlanjut hingga ke 28 April 2022)
Projek ini ialah projek tahunan PKMS di mana agihan habuan akan diberikan kepada golongan yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan. Tahun ini adalah yang ke 11 Jabatan Kebajikan akan menganjurkan projek ini.
Agihan habuan akan dibuat pada hari Sabtu, 30 April 2022. Jabatan Kebajikan dan Pergerakan Wanita akan bergabung untuk mengunjungi ke 80 buah rumah penerima habuan. Jika ada ahli-ahli yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan mengikut serta dalam projek ini, Jabatan Kebajikan sangat mengalu-alukannya.
Rasulullah SAW pernah bersabda “Barang siapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH SWT akan memudahkannya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Majah)
Lakukan lah kebaikan walaupun sekecil zarah Kerana kita tidak pernah tahu Kebaikan apa yang akan Membawa kita ke syurga… • Imam Hassan Al-Bashri
PKMS akan mengadakan Sesi Orientasi PKMS 2021 yang akan bertempatkan di Dewan Warisan pada 2 April 2021 jam 2.30 petang. Orientasi ini terbuka untuk ahli-ahli baru dan juga Pemuda di bawah usia 45 tahun. Pendaftaran terhad.
Sila daftarkan diri untuk Sesi ini melalui kod QR yang tertera ataupun melalui tautan ini:
PKMS’ Views on recent parliamentary debate on the tudung issue
English
In the wake of the recent parliamentary debate on the tudung issue, PKMS would like to offer our views on the matter. Even though we understand the rationale for wanting to maintain a “common space” for all communities, we do not totally agree with the government’s approach of trying to resolve the matter solely behind closed doors with only selected groups. With the Minister leaving the door open by mentioning that the Government would continue to look for outcomes that would fulfil the aspirations of the community, PKMS sincerely hopes that the Government would listen to the views of all parties with respect to the tudung issue, including our opposition parties, so that the aspirations of the Malay Muslim community could be realised in the near future.
Malay
Merujuk perbahasan di Parlimen baru-baru ini tentang isu tudung, PKMS ingin memberi pandangan mengenai perkara ini. Walaupun kami faham rasional untuk menjaga “ruang bersama” untuk semua pihak, kami tidak setuju sepenuhnya dengan pendekatan pemerintah untuk menyelesaikan perkara ini di belakang tabir dengan pihak-pihak yang tertentu sahaja. Dengan kenyataan Menteri bahawa pemerintah akan mencari penyelesaian yang sesuai dengan keinginan masyarakat, kami secara jujur mengharap agar pemerintah akan mempertimbangkan pandangan-pandangan semua pihak, termasuk parti-parti pembangkang, demi memenuhi keinginan masyarakat Melayu Islam dalam masa yang terdekat.
The PKMS Cultural Department will organize its inaugural project – “Self Defense Workshop” on February 20, 2021, Saturday from 12 noon to 2 PM at the PKMS Heritage Hall. The fee for this workshop is as stated, $ 10 per person.
Hope everyone can support and contribute to this project. The funds raised will be used for future PKMS Cultural Department projects or events.
For more information on the workshop, please click the following link:
Dalam kita menghadapi situasi pandemik di serata Singapura sejak Mac 2020, ramai pelanggan-pelanggan Melayu Islam Singapura menghadapi masalah kewangan yang kurang stabil.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) telah membentuk satu strategi yang dapat membantu memberikan suntikan kepada pelanggan-pelanggan Melayu Islam kita di Singapura.
Sahabat PKMS adalah satu projek hasil idea dari Ketua Kebajikan iaitu Puan Lisa Mohd Ali dan juga Setiausaha Pemuda, saudara Muhammad Faizal Mohmad. Dengan sokongan penuh dari Barisan Presiden, Majlis Tertinggi dan juga ahli-ahli PKMS, Sahabat PKMS merupakan suatu inisiatif untuk menyatukan kesemua peniaga-peniaga Melayu Islam kita di Singapura dengan membantu meringankan kos perbelanjaan pelanggan untuk ahli-ahli PKMS.
Dengan memberikan diskaun kepada pelanggan dari ahli-ahli PKMS, yang mempunyai anggaran lebih dari 1000 ahli, ia dapat membantu meringankan beban dari segi kos perbelanjaan dari pelanggan-pelanggan.
Pelanggan hanya perlu menunjukkan kad ahli PKMS kepada peniaga-peniaga untuk menikmati diskaun-diskaun yang diberikan dari peniaga-peniaga.
Insya Allah, dengan penambahan ahli-ahli PKMS yang sentiasa berkembang, dan juga dari sokongan peniaga-peniaga kita yang ingin menyumbangkan sedikit kebajikan melalui diskaun, PKMS berharap ia dapat membantu membangkitkan ekonomi peniaga-peniaga Melayu Islam kita di Singapura.
Kepada masyarakat-masyarakat yang berminat untuk menjadi ahli PKMS sambil menikmati manfaat-manfaat sebagai ahli dan juga ingin memberikan sumbangan kepada masyarakat sebagai sukarelawan, anda boleh menghubungi pejabat Sekretariat PKMS di talian 63455275 atau WhatsApp ke 94526855 ( Sdr Hairullah Ahmad)
Terima Kasih
SENARAI PENUH SYARIKAT & MANFAAT KEPADA AHLI PKMS(DIKEMASKINI 8 JANUARI 2021)
PENIAGA
NAMA/TELEFON
MANFAAT
MAKANAN & MINUMAN
OS BAGUS FOODSTUFF 57 UBI AVE 1 CTR #02-03 S(408936)
ABDUL KADIR 67481363
10% DISCOUNT FREE DELIVERY FOR ONLINE PURCHASE AT $80 AND ABOVE SHOP ONLINE: BAGUSMART.SG
CONSULTATION FEE AT $15 ONLY NOT INCLUSIVE MEDICINE CHAS CARD USAGE ALLOWED
KONSULTANSI, REKREASI & HIBURAN
ISTUDIO ARTIST 17 MARSILING LANE #05-227 S(730017)
FENDY 97761456
10% DISCOUNT ON ALL INTERIOR DESIGN & GRAPHIC DESIGN SERVICES
NIZAM PROPERTY CONSULTANT
NIZAM 81334547
FREE CONSULTATION BUYING/SELLING AT AFFORDABLE PRICE
TONNMALAM 445 YISHUN AVE 11 #02-36 S(760445)
AZMI 98147584
10% OFF ON ALL PACKAGES REFER TO WWW.TONNMALAM.COM FOR MORE PRODUCT INFORMATION
DHWAN CREATIONS 218F CHANGI RD #04-04, PKMS BUILDING S(419737)
DHWAN 81503911
THE DISCOUNT RATE WILL BE 20% UP TO 50%, DEPENDS ON THE SERVICE RENDERED. VOCAL SERVICE: -DC CHOIR GROUP -DCPELLA GROUP -VOCAL SINGING CLASS PRODUCTION SERVICE: -ONLINE & OFFLINE CREATIVE DESIGNS GRAPHIC DESIGNMOTION GRAPHIC -LIVE AUDIO & LIGHTING SERVICES -COMMERCIAL VIDEO & PHOTO SERVICES -MEDIA LIVE STREAMING FACEBOOKINSTAGRAMYOUTUBE -STAGE SHOW PRODUCTION SERVICES -COSTUME & MAKEUP ARTISTE PERFORMANCE SERVICE: -MODERN & TRADITIONAL MUSICIANS -CONTEMPORARY & TRADITIONAL DANCERS -EMCEES & HOSTING SERVICES -ARTISTE LIASON STUDIO RENTAL SERVICE: -SINGING REHEARSAL -BAND PRACTICES -LIVE STREAMING PLATFORM -FASHION PHOTOSHOOT