PROJEK JABATAN KEBAJIKAN PKMS – SEKALUNG HARAPAN 2022

PKMS Events, News, Welfare, Women's Wing

Projek ini ialah projek tahunan PKMS di mana agihan habuan akan diberikan kepada golongan yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan. Tahun ini adalah yang ke 11 Jabatan Kebajikan akan menganjurkan projek ini.

Agihan habuan akan dibuat pada hari Sabtu, 30 April 2022. Jabatan Kebajikan dan Pergerakan Wanita akan bergabung untuk mengunjungi ke 80 buah rumah penerima habuan. Jika ada ahli-ahli yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan mengikut serta dalam projek ini, Jabatan Kebajikan sangat mengalu-alukannya.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Barang siapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH SWT akan memudahkannya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Majah)

Lakukan lah kebaikan walaupun sekecil zarah
Kerana kita tidak pernah tahu
Kebaikan apa yang akan
Membawa kita ke syurga…
• Imam Hassan Al-Bashri

Sekian,
Terima Kasih


Setiausaha Agung PKMS

Hits: 10