
Projek ini ialah untuk mengagihkan bubur pada bulan Ramadhan. Ada kemungkinan buat julung-julung kalinya, PKMS adalah yang pertama di Singapura yang akan mengagihkan bubur secara pandu lalu. Ia akan bermula pada hari kedua di bulan Ramadhan iaitu, 4 April 2022 dan berlangsung hingga 27 April 2022.
Sebanyak 300 bekas makanan berisi bubur akan diagihkan setiap hari dan seorang akan mendapat 2 bekas bubur. Agihan bubur akan dimulakan pada pukul 4 ptg.
Syukur Alhamdulillah, kami telah mendapatkan penaja-penaja yang sungguh berbesar hati untuk menaja projek ini.
Jadual Acara
Memasak bubur akan bermula pada 12 tgh hingga 1.30 ptg
Membungkus bubur – 1.30 ptg hingga 3 ptg
Mengagihkan bubur – dari 4 ptg hingga selesai
Tarikh Pengagihan bubur
4 April 2022 – Hari Perasmian (Presiden dan Timbalan Presiden PKMS akan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada penaja-penaja dan mengagihkan bubur kepada jemputan-jemputan khas.)
5 April hingga 27 April 2022 – Agihan bubur kepada masyarakat umum. (Kemungkinan akan berlanjut hingga ke 28 April 2022)
Terima Kasih
Setiausaha Agung PKMS
Views: 387