Acara Jabatan Kebajikan – Lebaran Sekalung Harapan 2022

PKMS Events, Welfare, Women's Wing

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi, Jabatan Kebajikan PKMS dengan sokongan Pergerakan Wanita PKMS dan Jabatan Budaya PKMS, telah menganjurkan Lebaran Sekalung Harapan 2022 pada tanggal 14 Mei 2022 pada jam 7.30mlm. Acara ini telah dianjurkan untuk memberi penghargaan untuk penaja-penaja dan juga penyumbang-penyumbang dari masyarakat Singapura dan juga dari ahli-ahli PKMS yang bertungkus-lumus menjayakan projek-projek Jabatan Kebajikan untuk bulan Ramadan tahun 2022 seperti Pandu Lalu Bubur Ramadan PKMS yang buat julung-julung kalinya diadakan dan juga Projek Sekalung Harapan 2022 yang ke 11. Semoga Allah memberkati pengorbanan dan jasa baik kamu semua untuk masyarakat Melayu Singapura. Insya Allah, kita akan bertemu lagi di tahun hadapan.

Dari hati yang tulus ikhlas,

Ketua Kebajikan PKMS

Visits: 222